Tuesday, March 13, 2007

Ada Apa Pada Nama?

Aku setuju sangat dengan Majlis Fatwa Negeri Perlis, orang yang masuk Islam tak wajib menukar nama, dan yang paling best tak payah berbin atau berbintikan Abdullah. Memang dari dulu aku pelik, kenapa kene berbinkan Abdullah (macam anak luar nikah). Kekadang kat Malaysia ni ntah apa2 rule yang kita follow, sampai kalau selidik balik, kita pun tak tau tok guru kat kampung mana yang keluarkan fatwa ni. Kalau kat negara lain, India misalnya tak payah nak tukar-tukar nama ni. Kalau kat negara China, orang Islam dibenarkan jugak simpan nama asal mereka. Asalkan makna nama tu baik walaupun dalam bahasa apa pun, kita boleh simpan nama tu. Tapi kalau nama tu nama dewa-dewa agama lain atau seangkatan dengannya wajible kita tukar.
Aku harap majlis agama negeri-negeri lain pun akan ikut majlis Fatwa negeri Perlis ni.
Harap Majlis Fatwa Negeri Perlis kaji kes kat bawah ni dan buat perubahan agar Pejabat Agama lebih "Saudara Baru Friendly". Bak Kata Panjang (I quote from his email) "layan orang yg nak masuk Islam macam nak masuk jel, yang taunya, kejenya nak mengendap orang beromen. itu sampai bergaduh² dengan mufti. nak jugak² mengendap......" He he he

p/s: Aku selalu terfikir, kalau le aku dilahirkan dalam keluarga kafir dulu, akan terbukakah hati aku untuk masuk Islam, ataupun aku ni hanya Islam sebab dilahirkan dalam keluarga Islam. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarha Islam, Amin.

Layanan buruk pejabat agama terhadap saudara baru didedah


Salmiyah Harun
Wed | Feb 14, 07 | 09:50:37 AM
KUALA LUMPUR, 14 feb (Hrkh) - Malaysia merupakan negara yang paling susah untuk orang bukan Islam memeluk Islam biarpun ia diiktiraf sebagai negara Islam, demikian dakwa seorang pendakwah bebas Muhd Fitri Abdullah.
Beliau berasal dari keluarga berketurunan India, merupakan bekas penganut Hindu mendedahkan, sikap sesetengah pegawai jabatan agama negeri tidak menunjukkan akhlak yang baik.
Berdasarkan pengalamannya, beliau pernah ke pejabat agama untuk memeluk Islam, tetapi dilayan secara kasar oleh pegawai yang bertugas.
Bagaimanapun beliau enggan menamakan jabatan agama negeri berkenaan.
Justeru, kesan daripada layanan pegawai tersebut beliau telah menangguhkan niat untuk memeluk Islam selama setahun.
"Ada bawa gambar passport empat keping! Ada bawa dua orang saksi!," ulang beliau memetik kata-kata yang pernah dikeluarkan oleh pegawai berkenaan semasa ke jabatan agama suatu ketika dahulu.
Beliau memeluk Islam sejak 13 tahun lalu, membidas sikap pegawai terbabit yang kasar seolah-olah tidak mahu mengislamkan beliau.
"Jika ini sikap pegawai kita, macam mana nak tarik orang bukan Islam untuk memeluk Islam, malah sikap ini juga secara tidak langsung menghalang niat suci kita," katanya ketika menyampaikan tazkirah bulanan di Unit Editorial Harakah hari ini.
Beliau mencadangkan agar kaedah pengislaman untuk bakal saudara baru diadakan di masjid melalui imam dan disaksikan oleh orang ramai sebagaimana yang pernah dialaminya.
"Kalau buat di pejabat agama tidak ada apa-apa, kalau di masjid suasana ukhwah Islam itu wujud dengan sokongan daripada jemaah, dan dengan cara ini orang berkenaan akan sentiasa ingat,"katanya.
Menceritakan pengalamannya, Muhd Fitri juga kesal, walaupun ketika beliau mula menunjukkan minat untuk memeluk Islam, tidak ada orang Melayu yang sedia berdakwah kepada beliau dan keluarganya.
Katanya, beliau dan keluarga pernah tinggal di kawasan majoritinya orang Melayu tetapi mereka tidak pernah datang untuk berdakwah kepada mereka. Sehubungan itu katanya, umat Islam melakukan usaha berterusan untuk mendekati golongan bukan Islam, menarik mereka untuk menerima Islam sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang menggesa umatnya menyampaikan (dakwah) walaupun dengan satu ayat. - mr

1 comment:

Digitalite said...

Just nak tambah, manalah tau yg baca blog ko bakal / current minister : sokongan kepada dioang nih selepas dah memeluk agama Islam lebih penting sebenarnya sebab ramai yg korbankan sedara mara, kerja, kampung halaman. Tu sebab duit zakat tuh guna untuk golongan mualaf. Bukan untuk disonglap oleh pegawai zakat.