Wednesday, June 20, 2007

Kereta oh kereta...

Petang tadi dengan confidentnye aku start kereta, konon nak gi jumpa dentist, sebab sakit gigi.

Enjin tak start, semput.... bateri flat. Aku terlupa nak off lampu dalam kereta tu. So obviously bateri flat ler.

Berikut belanja kereta aku untuk bulan in sahaja.

  • Air Cond rosak, terpaksa ganti compressor (recon unit jer tu)
  • Empat-empat tayar botak, memang boleh terasa kereta drift semacam waktu hujan, so terpaksa tukar empat empat.
  • Buat alignment lagi tu.
  • Service kereta.
  • And sekarang, tukar bateri baru.
  • Mekanik cakap (lepas tukar bateri) keret aku kene tukar mounting, sebab vibration kuat.
Memang istilah 'kering' untuk bulan ni is an understatement.

Sejak aku habis bayar kereta ni, aku perasa kereta aku ni bertambah manja, macam longing for more attention from me... why.....................

Wahai kereta, jangan le buat hal, aku takkan jual ko lagi, please serve me for at least another 5 year ok? Deal?

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
angelonfire said...

Wahai... senang, jgn beli kereta proton, semua masalah akan selesai... hahaha..