Monday, October 30, 2006

Email sedih di pagi Isnin

Hancur berderai harapan aku nak gi US.



From:
Boss kat US
Sent: Friday, October 27, 2006 4:09 AM
To: Guzz
Subject: US training

Guzz,

I spoke with management and was told that offshore employees will not be sent to US for training.

Thanks.
Boss kat US

Sunday, October 29, 2006

DON



This is the third time I am watching Hindi movie in Cinema, 1st on was Hum Aapne Ee Kon (wrong spelling), I was accompanying my sisters for this 4 hour movie, 2nd was Rain Coat, my choice, just because Aishwarya in it and got all the cursing in the world from wife because it was not an ordinary song and dance Bollywood flick. And the latest was DON.

Wow! This movie is GOOD! Action packed, and was not a love story (thank God!)
Shoot entirely in Malaysia..... Can see few Malaysian actors showing their 'talent' as movie prop, Shahrudin Thambi as mute police inspector ( I think since he has nothing much to say) and Shamseer Sidhu as Don's gang member (why his name keep on appearing in my blog?).

I have to say that they have portrayed Malaysia as a well developed country, but all the scenes seem to be revolving around Petronas Twin Tower. A lot of Proton cars were smashed (proton is one of the sponsor).

The story has a twist in twist. I don't want to elaborate, it will spoil the surprise. Priyanka Chopra was really hot and her acting was good. Even I hate SRK, have to admit that he had played the character rather well.

I recommend this movie to patriotic Malaysians who want to see how Malaysia is portrayed in Bollywood flick.

I always wonder, outsiders can always manage to make full use of Malaysian scenery in filming, while Malaysia director always end up shooting crappy scenes.

Friday, October 20, 2006

Pelita raya di rumah baru aku

Aku ni memang rajin pasang pelita masa nak raya. Kira banyak gak ler perabis duit beli minyak api, pelita and lampu kelip2 tu.
Kalau selama ni rumah parents and parents in law jadi 'mangsa' aku, sekarang rumah sendiri jadi mangsa.

Pokok buloh yang aku tanam hari tu jadi mangsa terbaru, lepas pasang rasa teramat ler cantiknye pokok buluh tu (pada pendapat aku ler).

Since handphone aku resolutionnyer rendah, gambar ni tak seberapa clear.

Kalau sesapa nak kusutkan fikiran aku kata ini budaya hindu, bukan ajaran Islam, I don't give a damn. Aku pasang pelita and lampu tu sebab nak memeriahkan suasana hari raya dan bende tu memang nampak festive, takder niat lain selain tu. Please stop complicating my already complicated life.

Tuesday, October 17, 2006

Pre Raya entry.

I am so excited! and it is an understatement! Feel like a small kid waiting for raya. Been listening to raya song whole day in the office. It really get me into raya mood, and there are few songs that makes me wanna cry, I always wonder why Raya song make me feel so sad and happy at the same time?
Go here to download Raya songs and other retro malay songs!

p/s: Suara Takbir nyayian Datin Siti memang best, mungkinkah aku akan jadi peminat dia lepas ni?

Friday, October 13, 2006

Confession of a Supposed Former Caffeine Junkie


The one thing I missed most during Ramadan would be Coffee or more precisely caffeine, the elixir of life, fuel for my productivity, pure liquid gold, ahhh the drop of heaven in my mug on my office desk.

Coffee ohhh coffee.... How much I miss thou!
I can take the hunger, the thirst and even the unnatural bowel movement during Ramadan, and off course I love Ramadan, I can feel my body cleansing itself and also detoxifying. But I need my daily dosage of caffeine every morning! I am feeling like am a Zombie!

Being being a caffeine junkie I am, I am missing that little push to perk up my mornings and the rest of my days.

Oh God, give me strength to go through 2 more weeks without coffee..

Wednesday, October 11, 2006

I hate shopping

I hate shopping and it is an understatement! I loathe it! And it is a Raya shopping on a fasting month, you might as well double or tripple the hatrate! That pretty much sum up my experience yesterday. Masjid India and SOGO was so packed due to public holiday in Selangor, the road was jammed, there we no parking and I was damn cranky! (I am always when I am hungry or tired).

Spent about 2 hour in Jalan Masjid India, bought most of the stuffs. With both of hour hands full of shopping bags, then we moved on to SOGO. The crowd there was unbearable! It is like they were on steroids! The queue at the counter was scary, if you grabbed just one or two RM10 item, it is not worth it to queue that long!


My wife has all the patience and passion when it comes to shopping. She would spend endless hour choosing very item inspecting every single details, but even she lost her mood to shop yesterday. After spending about 2 hour in SOGO, we left the building just with a plastic bag filled with a pair of shoe!

Wife hinted that we might need to go shopping again since she was unbale to get few things. I had a sleepless night last night thinking about it.

And found the following in my inbox this morning, but is was bit too late, maybe I can use this for next year.......

Chau....



TIPS MENEMANI ISTERI BERSHOPPING SEMPENA HARI RAYA

Makhluk di atas bumi ini yang paling seronok membeli-belah ialah PEREMPUAN. Bagi orang lelaki, ia adalah satu kewajipan. Tetapi orang perempuan, ia adalah hobi, melegakan tekanan jiwa, meredakan gundah gulana dan menghiburkan hati sanubari.

Orang perempuan kalau membeli kerosang mungkin mengambil masa 30 minit - 1 jam untuk membuat keputusan membelinya. Dalam fikiran mereka tercatat pelbagai maklumat yang dirujuk sebelum membuat keputusan seperti.. sesuai tak dengan kebarung yang di baru beli tu... . match tak dengan warna tudung ... ada tak sesiapa sepejabat yang telah pakai corak pin ini ... . harga yang ni sama tak dengan yang terdapat di kedai sebelah ... kalau pakai ni nampak pelik tak ... . macam-macam seribu satu macam.

Lain sangat dengan orang lelaki. Contohnya membeli butang baju melayu. Itu pun kerana terlanggar semasa nak ke masjid, terus menanyakan harga... dan terus bayar. Tak sampai 2 minit. Langsung tidak terfikir sesuai tak dengan warna baju dan sebagainya. Ada lelaki tu pergi solat raya dengan memakai baju warna biru.. tetapi warna butangnya ada warna merah, emas dan ada yang dah terkeluar batu warna.. itupun biasa aje terus pakai... asalkan ada butang sudaaaah laa. Itu orang lelaki. Kalau isterinya nampak , pasti perang sakan di pagi rayasebab suami pakai butang tak matching dengan baju... kata dia, "Nanti orang kata apa laah isterinya tak pandai nak mendandan suami".. malu dia.

Oleh itu, eloklah suami menggunakan tips ini. Paling kurang, tidaklah terlepas pahala puasa kita kerana asyik geram marah padanya semasa shopping tu.

1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur,
barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan.
Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita
walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat
tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin
menghiburkannya kerana Allah Taala".

2. Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk
bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas
shopping.
Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini,
biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan
nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih
beraturberbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi
selama 4 tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.

3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.

4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli
belah.. eloklah tanyakan kepada isteri ... apa barang yang ingin beli,
apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika
kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan..

(jangan terkejut d ia akan keluar berjela senarai perbandingan harga
bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang
terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih
bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.

5. Tiba di kedai tu.. buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang
yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan
dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain
.

6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Abang, cantik tak
kain ni untuk saya"... ? berilah pandangan dengan kata-kata, "Pada
pandangan abang ... .." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian
senyap.

7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak
beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah
dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga
adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja
lebih jika barangan it u memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang
sedang shopping.
Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik
jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.

9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang
telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia
kerana bijak memilih barangan itu.

10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di
tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita
hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu
agar bebas dari WIRELESS CAMERA.
Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.

Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantis di lorong-lorong komplek membeli belah.

Percaya lah, jika tips ini anda amalkan, dia akan dengan senyap
membeli hadiah untuk anda tanda CINTAnya kepada anda. Dan dengan rasa megah menceritakan kepada kawan2nya, "baju ni hubby i yang pilih"

Monday, October 09, 2006

Malaysia yang indah........

Aku memang akan hangin kalau aku dengar orang cakap kat Malaysia ni takder musim.

Sapa kata, kita takder musim, kalau kat Eropoh tu ada musim Panas, Sejuk, Bunga dan luruh, kat Malaysia pun kita ada empat musim yang indah!

Musim Hujan
Musim ni bergantung pada kedudukan geografi, pantai timur or pantai laut. Signifikasi musim ni pada kita ni ialah, kita tak boleh nak bercuti di kawasan pulau or tepi laut, sebab angin taufan kuat sangat.. Jarang banjir pada musim ni.

Musim Banjir Kilat
Berlainan sikit ngan musim hujan, musim banjir ni tetiba terjadi. Pada musim ini Kerajaan tempatan dan kerajaan negeri akan menuding jari satu sama lain, tak nak mengaku salah.

Musim Panas
Musim ni, musim panas le. Tetiba je tak hujan 2-3 bulan. Hujan pun sekejap sekejap jer. Pada masa ni Aiman dan kawan dia Arif tu biasanye main PS2 jer dalam rumah, sebab panas kat luar tu.

Musim Jerebu
Musim ni bergantung pada bila Pemilik Estate kat Sumatera nak bakar hutan untuk aktiviti pertanian mereka. Biasanye pada musim ni, rakyat Malaysia akan digalakkan buat aktiviti indoor sahaja, ala ala winter kat Europe tu. Pada musim ni jugak penjual mask mengaut keuntungan lumayan.


p/s: more stupid entries to come. bulan posa ni minda tak cergas le.....

Wednesday, October 04, 2006

Aiman tak kisah..........

Aku memang dah takder ide nak blog apa dah. Tak macam si Panjang tu, internet line down pun boleh dijadikan satu entry! keh keh...
Tengok blog aku dah macam terbengkalai sejak puasa start ni, rasa bersalah teramat sangat.
Anyway, nak dijadikan citer, aku rasa kalau sesapa selalu dengar Sinar FM, Mesti dah tau pasal iklan "Aiman tak kisah ni".
Message yang nak disampaikan memang le murni, tapi caranye tak logik. Budak 3-4 tahun, tau ke apa maksud HIV+ tu. Memangle Aiman tak kisah langsung, dia budak kecik lagi, kalau suruh main dengan orang yang kena bird flu pun, sure Aiman tak kisah, peduli apa Aiman, asalkan ada member nak bermain.
So just sebab budak kecik, sekecik Aiman tak kisah bermain dengan kawan dia yang HIV+ yang bernama Arif tu, kita ynag dewasa pun kena ikut sama? Itukah mesej yang cuba disampaikan? Kalau camtu, kita tengok bebudak kecik, main tengah jalan, main dalam longkang, kekadang buat perangai yang tak senonoh kat public places (cam iklan "Yed Dear" tu or kat entry ni), kita yang dewasa boleh buat macam Aiman?
Aku rasa banyak lagi cara yang lebik elok dan creative message untuk menghalang deskriminasi terhadap penghidap HIV+ boleh disampaikan. Harap harap, they will come up with better idea.
Ahh lantak le, Aiman tak kisah!