Wednesday, June 11, 2008

Fun Fact about my car

Fuel Pump:
Tahukah anda, kalau kereta anda enggan menyestartkan dirinye pagi-pagi apabila anda hendak ke pejabat, bukan bateri kereta sahaja masalahnya. Kerosakan pada fuel punp juga mempunyai kesan yang sama, tetapa sound effectnye agak berlainan jika kereta anda tidak start akibat bateri yang flat. Malah sound effect yang akan anda keluarkan apabila mendengar harga untuk seunit fuel pump jugak berlainan berbanding dengan sound effect untuk seunit harga bateri. Menurut mekanik yang menukar fuel pump tersebut, elakkanlah amalan menuggu hingga lampu merah (atau oren, bergantung pada model kenderaan) menyala , baru hendak mengisi minyak, ini akan mengurangkan jangka hayat fuel pumpa anda kerana ia cuba mengepam minyak yang tinggal setitik dua dari tangki minyak ke enjin anda.. Untuk maklumat kalian:
Original Proton Part: RM600++
Not so Original: RM500++
Local: RM200++ (jangan sesekali pakai yg ni nanti nyesal)
Maka jadilah pengguna yang bijak.

Tayar Flat:
Tahukah anda jika anda menggunakan tayar tanpa tiub, jika tayar belakang kenderaan anda pancit, anda mungkin tidak menyedarinya semasa memandu? Dan tahukah anda jika telah membawa kenderaan anda dari Shah Alam ke Cyberjaya dengan tayar anda, kebarangkalian anda menjahanamkan tayar and rim tayar anda adalah amat tinggi. Anda juga besar kemungkinan terpaksa menukar tayar kenderaan anda and juga menukar/membaiki rim tersebut jika senario tersebut terjadi pada anda.

Minyak:
Tahukah anda, mengisi tangki minyak WAJA sehingga penuh kini berjumla RM 147? Tetapi ini tidak akan berlaku pada anda jika anda mengisi minyak apabila tangki anda separuh penuh untuk megelakkan kejadian fuel pump rosak berulang. Ini juga adalah cara terbaik untuk menjimatkan minyak, kerana anda hanya membayar seprauh harga minyak, logik tak?

Last Sekali:
Apakah perasaan anda apabila semua senario di atas berlaku dalam jangkamasa sebulan kepada anda? Cuba anda fikir fikirkan?

Wassalam

2 comments:

pizli.mw said...

kau tak salah buat semua tu.. itu semua salah kerajaan.. wahahahaha..

sabar je la Guzz.. itu orang panggil nasib.. at least sekali seumur hidup mesti ada jadi benda² malang mcm tu..

Digitalite said...

seriously dude, ubah lah gaya hidup! waaahahahahahaa...