Aku memang akan hangin kalau aku dengar orang cakap kat Malaysia ni takder musim.
Sapa kata, kita takder musim, kalau kat Eropoh tu ada musim Panas, Sejuk, Bunga dan luruh, kat Malaysia pun kita ada empat musim yang indah!
Musim Hujan
Musim ni bergantung pada kedudukan geografi, pantai timur or pantai laut. Signifikasi musim ni pada kita ni ialah, kita tak boleh nak bercuti di kawasan pulau or tepi laut, sebab angin taufan kuat sangat.. Jarang banjir pada musim ni.
Musim Banjir Kilat
Berlainan sikit ngan musim hujan, musim banjir ni tetiba terjadi. Pada musim ini Kerajaan tempatan dan kerajaan negeri akan menuding jari satu sama lain, tak nak mengaku salah.
Musim Panas
Musim ni, musim panas le. Tetiba je tak hujan 2-3 bulan. Hujan pun sekejap sekejap jer. Pada masa ni Aiman dan kawan dia Arif tu biasanye main PS2 jer dalam rumah, sebab panas kat luar tu.
Musim Jerebu
Musim ni bergantung pada bila Pemilik Estate kat Sumatera nak bakar hutan untuk aktiviti pertanian mereka. Biasanye pada musim ni, rakyat Malaysia akan digalakkan buat aktiviti indoor sahaja, ala ala winter kat Europe tu. Pada musim ni jugak penjual mask mengaut keuntungan lumayan.
p/s: more stupid entries to come. bulan posa ni minda tak cergas le.....
No comments:
Post a Comment