I am out of words to express my anger and dissatisfaction! If I write what I feel, most probably my blood pressure will go up and I will be emotionally drained.
I find the below blog entry from http://aimanku.com/
This is sarcasm at its best!
December 15, 2006, 2:32 pm Tahniah aku ucapkan kepada syarikat-syarikat pengendali tol di Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia menyambut kenaikan tol dengan penuh rasa gumbira dan amat berterima kasih kepada kerajaan yang terbilang dan cemerlang ini kerana membenarkan kenaikan tol yang agak tinggi. I find the below blog entry from http://aimanku.com/
This is sarcasm at its best!
Aku pun dah bertahun memendam rasa, terbuku di hati dan rasa sedih yang amat sangat kerana bayaran tol di Malaysia selama ini masih yang terendah di Asia Tenggara. Tiap kali melalui plaza tol, aku pasti sebak mengenangkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan kerana terpaksa membayar pampasan kepada tuan punya tol. Hingus aku pasti meleleh sambil meraung bila aku kenangkan pulak kesusahan yang ditanggung oleh tuan punya tol untuk membayar hutang mereka. Begitu sayang dan perihatin sekali kerajaan kepada tokei-tokei tol ni.
Kami rakyat tidak membantah. Yelah, kalau nak kemudahan kita mestilah sama-sama menyumbang. Takkan nak biarkan syarikat yang membina jalan tu rugi. Lagi pun rakyat Malaysia dah semakin kaya. Banyak duit disimpan dalam bank. Lihatlah rumah-rumah besar dan kereta-kerata mewah yg dipandu oleh cina-cina di sekitar KL ni. Tiada masalahlah bagi mereka untuk membayar tol.
Bagi yang tak mampu, jangan cakap banyak, naik ajer pengangkutan awam seperti bas, komuter dan sebagainya. Bukankah lebih seronok menaiki bas dengan berdiri dan bergayut sambil mencium bau hangit ketiak anda dan orang lain, menunggu bas yang datang setiap 5 saat dengan penuh kesyahduan. Lebih syok kalau duduk jauh dari tempat kerja dan terpaksa menaiki dua tiga bas. Ataupun tumpanglah kereta lembu, lori sayur atau lori babi, itupun kalau babi-babi tidak keberatan menerima anda.
Jalanraya di Malaysia ni hanyalah untuk golongan bangsawan, menteri, dan yang berpendapatan tinggi. Adalah dinasihatkan kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana supaya tidak lagi menggunakan kereta anda, simpan saja dalam peti sejuk atau almari.
Tahun depan tol lebuhraya utara selatan pula akan naik. Jangan gunakan lebuhraya. Kalau nak balik kampung, ke johor misalnya, gunakan sampan. Silap dayung boleh sampai ke pulau jawa. Boleh jumpa pelakon bawang merah bawang putih. Mungkin juga sampai ke Monggolia jika dibantu oleh hembusan taufan durian.
Ucapan tahniah juga buat Menteri tol. Aku benar-benar kagum dengan pengumuman yang disampaikannya malam tadi dengan senyuman yang manis dan badan yang terhenjut-henjut. Moga beliau dipanjangkan umur supaya boleh mengumumkan lebih banyak kenaikan tol di masa yang akan datang.
Sayang abang sammy!
Courtesy of aimanku.com/
1 comment:
"................................."
kau tau apa yg aku cakap dlm hati aku...
Post a Comment